sihat semuanya? hehe...
ok...kat sini saya nak update tentang kekasih Allah...iaitu Nabi Muhammad s.a.w...
seorang yang teramat mulia di sisi Allah.
but firstly jom selawat...
Allahumma solli ala sayyidina muhammad
wa'ala alihi sayyidina muhammad..
moga saja rasa kasih dan cinta kita kpd baginda sampaikan pada baginda..
yakin dan ikhlas kan hati, insyaallah baginda akan merasainya ...
ok..ok... tanpa lengah lagi...
jom ..saya akan ceritakan serba sedikit tntang :
Cinta Nabi kepada Umatnya..
Tanda Cinta Baginda
pernah kah kita membayangkan bertapa besar dan tulusnya cinta Rasulullah terhadap kita sebagai umatnya..?
sungguh...sesungguhnya.. tidaklah seorang antara kita mmpu membayangkan bertapa besarnya , tingginya cinta baginda terhdap kita..
kaku bibir kita mengucapkan...
kelu lidah membicarakan..
kering lah dakwat menuliskan..
wahai kawan2 ku sekalian .... ketahuilah...
telah Allah menyatakan cinta Rasulullah terhadap umat nya dalam Al-Quran dalam (Surah At-Taubah, ayat 128) boleh rujuk dalam Quran Tafsir.. :)
iaitu :
"Sungguh sudah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaum mu sendiri, berat terasa olehnya melihat penderitaanmu, dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, dan kepada kaum mukminin dia amat berbelas kasih lagi penyayang"
Ayat di atas ini menggambarkan kebesaran dan ketulusan cinta baginda. Nabi Muhammad berharap semua manusia selamat dengan beriman dan mengikuti ajarannya. Baginda juga ingin kita semua memperolehi kebaikan.
Rasulullah yang begitu menyayangi kita mahu memberikan petunjuk yang sebenar-benar petunjuk. sangat besar keinginan tersebut sehinggakan baginda bersedia memikul seluruh penderitaan dalam berdakwah(menyampaikan ajaran Allah).
ingatlah kawan ku sekalian..
Nabi berbahagia ketika kita berbahagia, manakala baginda menderita jika kita menderita..
allahu... bertapa tingginya kasih Nabi terhadap umat nya.. :"(
Cinta Nabi itu tidak terbatas pada orang yg beriman saja, malahan kepada semua manuia.. ianya bersifat universal (keseluruhan). Baginda mencintai manusia meskipun baginda di caci di maki di musuhi dan di sakiti. akan tetapi yang sebenarnya adalah Baginda menginginkan kebahagiaan hidup seluruh manusia di dunia dan keselamatan manusia di akhrat kelak.
sepanjang hidup Baginda, selalu memikirkan nasib umat dan keadaan manusia, Baginda merasa sedih akan apa yang terjadi pada mereka. kerisauan baginda itu sangat tinggi sehingga kan Allah telah gambarkan seakan2 baginda mahu membinasakan diri ketika kaumnya menolak petunjuk.
Dalam Tafsir Quran Surah Al-kahfi ayat 6,
Allah menegaskan "Maka (apakah) barangkali kamu (Muhammad) akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran)."
telah Allah terangkan dan tenang kan Rasulullah yang merasai kepedihan hati melalui firmanNya yg lain
Surah Faatir ayat 8," Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada Dia kehendaki. Maka janganlah engkau (Wahai Muhammad) membiarkan dirimu binasa kerana menanggung kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetaui apa yang mereka kerjakan"
Surah An-Nisa ayat 165, "Rasul-rasul itu merupakan pembaw berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia utk membantah Allah setelah Rasul-rasul diutus."
Surah Al-Maidah ayat 99, "kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan(amanah Allah) dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."
Surah Al_Ra'du ayat 7, "Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk"
Diterima atau tidak seruan yang dibawa bukan tanggjwb nabi dan rasul, melainkan ia terpulang kepada umatnya sendiri.seperti kata Allah ini
Surah Al-Baqarah ayat 119, "sesungguh nya Kami telah mengutus mu (Muhammad) dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan dan kamu tidak akan diminta(bertanggungjawab) tentang penghuni-penghuni neraka"
Di atas ini adalah beberapa petikan firman Allah... boleh rujuk di Quran Tafsir ya.. ^_^
oleh itu Nabi yg terdahulu sebelum Nabi Muhammad yang penuh kesabaran dlm menyeru manusia akhirnya menyerahkan urusan kaumnya kepada Allah. tetapi...tidak Rasulullah...
Baginda tidak merasa jemu menghadapi penolakan kaumnya, tidak pernah meminta azab untuk mereka yg menentang dan memusuhi dakwahnya, baginda bukan merasa berat pada beban tugasnya berdakwah ataupun ujian atau deritanya. Baginda sangat sabar dalam menghadapi caci maki seksaan dari penentangnya. TETAPI baginda merasa berat dan terbeban dgn penderitaan kita, seluruh manusia (Muslim atau non-muslim, mukmin mahupun kafir)..
Allahu betapa cinta Rasul terhadap kita...tidak tercapai dek akal begitu kasih Rasul terhadap kita yang selalu membuat baginda bersedih hati dengan kelakuan kita.
saya ambil cerita Rasulullah pergi Thaif utk berdakwah dan menghindari gangguan kaum kafir Quraisy sebagai contoh akan Ajaran Kasih Oleh Nabi.
Moga kita dapat menghayati sedikit melalui cerita ini... insyaallah..
Baginda pergi ke Thaif juga menerima hinaan yang menyakitkan. tidak menyambut langsung seruan Baginda. penduduk Thaif mencemuh, menghina dan mengusirnya tidak berhenti d situ saja mereka turut menyeksa nabi, melempar pada Nabi dgn batu di jalan yang d lalui baginda. oleh kerana lemparan batu itulah meluka kan badan serta kedua kaki Baginda hingga berdarah-darah. seorang sahabat baginda yang bernama Zaid bin Haritsah yang berusaha melindunginya terkena lemparan itu juga hingga beberapa bahagian kepalanya terluka. seksaan dr penduduk Thaif berhenti selepas Rasulullah smpai ke perbatasan kota.
sampai saja di kebun milik Uthbah bin Rabiah, baginda berhenti dan berehat d bawah pohon anggur yg rendang sambil membersihkan luka-lukanya. Nabi berdoa dgn doa yg sangat menyentuh hati.. hayatilah doa baginda...
"Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluh kelemahan tenagaku, kekurangan akal dan hujahku, serta kelemahan dayaku menghadapi manusia ini. Ya Allah yg Maha Penyayang, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan engkau juga Tuhanku. kepada siapakah hendak Kau serahkan diriku? kepada orang jauh memandang rendah kepadaku atau kepada orang musuh yg Kau beri kuasa bagi menggagalkan urusanku? Tidak ku pedulikan keadaan ku ini, asalkan engkau tidak murka padaku, Namun padaku, Rahmat-Mu luas. Cahaya Mu yg menerangi kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat, aku berlindung dari Murka-Mu yang akan menimpa diriku. Aku sentiasa memohon keredhaan-Mu, kerana tiada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan dari Mu."
Pada saat itu malaikat trun dr langit menemui baginda dan berkata, "Ya Rasul Allah, perlakuan penduduk Thaif keterlaluan. Allah memerintahkan aku untk berkhidmat kepadamu. Izinkan aku menghukum kejahatan mereka. Jika engkau perkena kan, biarlah aku jatuhkan gunung itu kpd mereka sehingga mereka semua binasa." dengan cepat Rasulullah menjawab, "tidak wahai malaikat,jangan engkau menghukum seperti itu, Aku melihat masih ada kebaikan di antara penduduk Thaif. jika mereka belum mahu beriman kepadaku saat ini,aku berharap anak-anak mereka menjadi orang yg beriman."
kemudian Rasulullah berdoa "Ya Allah, ampunilah mereka kerana sesungguhnya mereka belum mengetahui." maka berkata pula Malaikat penjaga gunung, "Engkau benar-benar seperti yg di sebut oleh tuhanmu." boleh rujuk Surah At-Taubah ayat 128, apa yg malaikat penjaga gunung katakan.
Dalam Surah tersebut dikatakan Nabi bersifat belas kasihan terhadap orang yang beriman. Jika terhadap orang yg memusuhi dan mendustakannya Baginda besifat seperti itu apatah lagi terhadap orang yg beriman kepadanya. jika demikian masih wujudkah manusia yang ada rasa kecintaan dan kasih sayang melebihi kasih sayang dan cinta Rasulullah?
Setiap malam Baginda tidak pernah lupa berdoa, memohon kepada Allah supaya meringankan kesulitan dan mengampuni dosa-dosa umatnya. Rasulullah itu penyayang kepada orang yang pernah berjumpa dengannya dan juga penyayang kepada orang yang tidak pernah berjumpa dengannya.
Pada suatu hari, ketika baginda duduk bersama para sahabatnya, baginda berkata "Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku" .. para sahabat pun bertanya, "bukankah kami ini saudara-saudaramu Ya Rasulullah?"... Rasulullah menjawab, "Kalian sahabat-sahabatku, dan aku mencintai kalian. tetapi aku merindukan saudara-saudaraku".. para sahabat kembali bertanya, "siapa mereka Ya Rasulullah?" Airmata Rasulullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, "saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka yang tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka" para sahabat tundukkan wajahnya lalu menangis bersama.
Ya Rasulullah,
Engkau ingin berjumpa dengan mereka,
Kami kah itu, Ya Rasulullah?
Engkau rindukan mereka,
Kami kah itu, Ya Rasulullah?
Engkau dambakan mereka,
Kami kah itu, Ya Rasulullah?
Duhai Rasulullah
Engkau ingin bertemu dengan mereka yang tidak pernah engkau jumpai
Kami kah itu, Ya Rasulullah?
Mereka yang bibirnya selalu bergetar mengucapkan selawat bagimu,
Kami kah itu, Ya Rasulullah?
Engkau ingin memeluk mereka,
Kami kah itu, Ya Rasulullah?
bagi memuaskan kerinduanmu,
Kamikah yang engkau rindukan itu, Ya Rasulullah?
Engkau akan datang pada mereka yg mengunjungimu dengan selawat,
dengarlah selawat kami bagimu, Ya Rasulullah
Allahumma soli ala sayyidina muhammad
wa'ala alihi sayyidina muhammad
maka hadirlah engkau dlm jiwa kami,
dalam mimppi-mimpi kami
masih kami ingt sabdamu,
"Barangsiapa datang kepadaku, aku akan memberinya syafaat di Hari Kiamat."
Labbaika Ya Rasulullah, kami datang
Maka, wahai yang mulia di sisi Allah,
berikan lah syafaat kepadaa kami di sisi Allah
akan bersambung kisah Cinta Nabi kepada Umatnya...~ insyaallah...
maafkan jika ada salah silap.... yg khilaf dr saya.. :") maafkan juga entry kali ini panjang sikit...
Newer Posts
Older Posts
Home