hehehe..anyway... entry kali ni adalah sambungan dr previous entry...
^_____^
ok..lets story mory it.... insyaallah...harap kalian suka...
dgn lafaz bismillah dan selawat...
allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi sayyidina muhammad... baiklah..saya mulakan cerita...
seperti kita telah ketahui..cinta dan kasih Nabi tiada tandingan dgn manusia lain...
cinta dan sifat Rasulullah telah terbukti dalam sejarah. baginda sering kali mengorbankan kepentingan, kekayaan dan juga sanggup menahan lapar hanya demi untuk kepentingan umatnya, kesejahteraan umatnya. Baginda juga sanggup menunda hal dunia demi keselamatan umatnya di akhirat...
Siti Aisyah pernah menceritakan suatu ketika Nabi tidak makan dengan kenyang selama tiga hari berturut-turut. ketika Aisyah bertanya sbbnya baginda menjawab, "selagi masih ada orang-orang miskin yang kelaparan di sekitar masjid, maka aku tidak akan kenyang."
Puncak cinta Rasulullah kepada umatnya telah di tunjukkan pada saat menjelang akhir hayatnya. di hari-hari terakhir mendatang ajal, baginda sering menyebut "umatku..umatku..umatku". baginda khuatir dan resah memikirkan nasib umatnya nanti.
sedang malaikat izrail sudah berada di sisinya untuk mencabut nyawanya, malaikat jibril pun sudah berada di sisinya. Rasulullah bertanya, "wahai jibril katakan lah tentang hakku nanti di hadapan Allah." jibril menjawab "semua pintu syurga sudah terbuka..para malaikat sudah berbaris menyambut rohmu d langit, dan pintu syurga sudah sedia menanti engkau memasukinya, ya Rasulullah."
Rasulullah menunjukkan muka puas, matanya tidak dpt membendung rasa kecemasan di hati, malaikat bertanya, "tidakkah engkau gembira mendengarnya, wahai Rasulullah?" Rasulullah mengucapkan "segala puji bagi Allah, wahai jibril nyatakanlah, apa khabar gembira mengenai umatku di hari kiamat."
Maka kata malaikat jibril, "kunyatakan kepadamu sesungguhnya Allah telah jelaskan, Allah sudah melarang semua nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk dulu dan Allah melarang semua umat masuk ke dalam syurga sebelum umatmu masuk terlebih dahulu."
sesungguhnya Nabi Muhammad di beritahu tentang amal kita stiap hari, dan baginda pasti berduka cita melihat amal kita yang buruk. maka tidak dapat di bayangkan sedihnya Nabi Muhammad jika di akhirat masih ada umat yang perlu melalui penderitaan lantaran dosa mereka.
Rasulullah digelar Habibullah (kekasih Allah) ini berjanji akan memberi syafaat (pertolongan) bagi umatnya pd hari hisab dengan katanya "semua nabi memiliki doa yang dikabulkan oleh Allah dan aku menyimpan doa ini bagi hari Kiamat sebagai syafaat untuk umatku" (di rekod oleh Bukhari dan Ahmad)
pada akhirat nanti, Rasullah akan sibuk memerhatikan urusan umatnya baginda. baginda berpesan, "temuilah aku di titian sirath, kalau tiada situ, aku menunggu kalian di mizan (neraca) dan jika tidak ketemukan juga, carilah aku di telaga haudh. aku akan berada di salah satu di antara ketiga tempat itu."
baiklah...setakat ni dulu... insyaallah akan di sambungkan lagi ceritanya ya... ^_^
maafkan saya .. mmg pnjg.. terima kasih kerana sudi membacanya... :)
Older Posts
Home